PENGUMUMAN

31 Oktober 2011
Pengumuman:
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5....
Sempena Karnival Keusahawanan pada 19 November 2011 ini, pihak panitia Kemahiran Hidup dan Persatuan Ekonomi Rumah Tangga akan menyediakan tapak gerai jualan kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga. Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian, boleh berjumpa Cikgu Nornajiah untuk maklumat selanjutnya.
Harap maklum.

******************************************************
Tarikh: 28 Oktober 2011
Pengumuman:
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5 Arif....
Anda dikehendaki menghantar latihan modul 3, 4 dan 5. Diminta ketua kelas atau wakil mengumpul kesemua latihan dan hantar kepada Cikgu Azura pada hari Selasa, 31 Oktober  2011 di bilik guru.

******************************************************
Tarikh: 26 Oktober 2011
Pengumuman:
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5....
Satu ceramah yang bertajuk Makanan dan Kesihatan akan diadakan pada hari Sabtu, 29 Oktober jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Dewan Budiman SMK Parit Sulung. Anda dikehendaki hadir dengan berpakaian lengkap sekolah. Kedatangan adalah diwajibkan.

******************************************************
Tarikh: 24 Oktober 2011
Pengumuman:
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5 Dedikasi....
Anda dikehendaki menyediakan dan menghasilkan sebuah buku resipe yang bertajuk “Kuih Muih Tradisional” mengikut kreativiti anda sendiri. Tugasan ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada  4 orang ahli dalam setiap kumpulan dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu, 2 November 2011. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Cikgu Norhidayu.
Harap maklum.

******************************************************
Tarikh : 20 Oktober 2011
Pengumuman:
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5....
Satu pertandingan menulis esei yang bertajuk “Keunikan Makanan di Malaysia” akan diadakan pada hari Jumaat, 28 Oktober jam 9 pagi bertempat di Dewan Budiman, SMK Parit Sulung. Sesiapa yang berminat boleh memberi nama kepada Cikgu Natasya selewat-lewatnya pada hari Rabu, 26 Oktober 2011.
Harap maklum.

Ekonomi Rumah Tangga Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino