PENCERNAAN DAN PENYERAPAN
PENCERNAAN
· Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unti yang paling ringkasoleh tindakan mekanikal dan kimia supaya dapat diserap oleh tubuh.
SISTEM PENCERNAAN
· Sistem pencernaan dalam tubuh manusia berlaku dengan dibantu oleh organ pencernaan, enzim, dan rembesan.
ORGAN PENCERNAAN
1) Mulut
2) Esofagus
3) Perut
4) Usus kecil
PROSES PENCERNAAN
· Berlaku dalam satu lingkaran yang bermula di mulut dan berakhir di usus besar. Dalam proses pencernaan, makanan dipecahkan melalui dua cara :
PEMECAHAN MAKANAN
MEKANIKAL
v Makanan yang dihancurkan oleh gigi semasa proses mengunyah menjadi bentuk yang kecil.
v Otot salur pencernaan mengembang dan menguncup dengan beritma untuk menghancurkan makanan.
KIMIA
v Pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang ringkas yang diserap ke dalam sistem peredaran darah.
MULUT
a) Makanan dikunyah secara mekanikal kepada bentuk yang lebih kecil. Makanan ini bercampur dengan air liur dan membentuk gumpalan yang dinamakn bolus.
b) Tiga pasang kalenjar air liur :
1) Kalenjar parotid
2) Kalenjar submaksilari
3) Kalenjar sublingual
amilase
kanji ——————— → dekstrin + maltosa
Tindakbalas enzim emilise terhadap kanji
ESOFAGUS
· Lidah akan menolak bolus ke dalam esofagus melalui tindakan menelan. Ketika proses menelan, epiglotis akan mengawal makanan daripada masuk ke trakea dan mengelak daripada tercekik.
· Pergerakan kembang kuncup otot secara ritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan dinamakan peristalsis.
PERUT
Perut mermbeskan jus gaster yang mengandungi
a) Asid hidroklorik cair (HCL)
b) Mucus
c) Pepsinogen
d) Renin
e) Lipase gaster
USUS KECIL
BAHAGIAN USUS KECIL
REMBESAN DI DALAM USUS KECIL
· Peptidase
· Maltase
· Sukrase / Inverse
· Laktase
· Lipase
PROSES PENYERAPAN
Proses penyerapan dibantu oleh vilus iaitu unjuran halus di dinding usus kecil.
USUS BESAR
Fungsi usus besar ialah menyerap air dan mengeram bakteria tidak berbahaya. Bakteria memecahkan sebahagian bahan yang tidak dicerna seperti selulosa serta mensintesis menadion dan kumpulan vitamin B.