Nota 3: Pemilihan dan Penyimpanan Makanan




PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

Makanan boleh dikategorikan kepada makanan segar dan makanan kering. Cara pemilihan dan penyimpanan makanan yang betul dan teratur akan membantu mengawal mutu makanan supaya berkeadaan baik dan dapat mengurangkan pembaziran.

1. Makanan Segar
Makanan segar ialah makanan yang belum dimasak atau diproses. Makanan segar mudah rosak kerana kandungan air yang tinggi dan sesuai untuk pembiakan mikroorganisma. Makanan menjadi rosak jika disimpan kerana enzim akan terus meranumkan makanan sehingga menjadi lembut dan lebam. Contohnya, sayur-sayuran, daging, dan ikan.

i)        Sayur-sayuran
  1. Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Contohnya, daun, bunga, batang, pucuk, buah, biji, dan akar. Sayur-sayuran mengandungi vitamin dan garam mineral yang menambahkan rasa dan warna dalam sajian. Sayur-sayuran harus dipilih dengan teliti. Semua sayur harus berwarna segar dan cerah, rangup, tiada tanda lebam, berbentuk elok dan bersih.

                                                                                                      


ii) Ikan
  • Ikan adalah makanan protein yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur kerana ia mudah dicernakan.
  • Ikan boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu ikan isi putih, ikan berminyak & karangan laut.
  • Karangan laut boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu krustacea & moluska.
  • Ciri ikan dan karangan laut segar :-
(a)   Tiada bahagian yang tertanggal
(b)   Bau segar
(c)   Isi keras, tidak mengecut dan kering
(d)   Insang bewarna merah
(e)   Mata menonjol
(f )   Sisik yang masih melekat

iii) Daging
  • Ialah sumber protein nilai biologi tinggi yang penting.
  • Daging yang diambil dalam diet bergantung pada budaya, agama & tempat.
  • Daging boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu daging putih, daging merah, & ofal.
  • Daging putih terdiri daripada daging ayam, arnab, kambing muda & lembu muda.
  • Daging merah terdiri daripada daging kerbau, lembu, kambing, rusa, itik, burung unta, & daging burung puyuh.
  • Manakala ofal pula terdiri daripada Ginjal, jantung, peparu hati, perut, usus, lidah, otak & ekor.
  • Daging dan ofal hendaklah berbau segar, warnanya kemerahan, isinya pejal, dan tidak banyak lemak. 

Makanan segar hendaklah disimpan dalam keadaan bersih supaya bakteria tidak membiak. Contohnya :-
  • Ikan dan daging hendaklah disimpan dibahagian sejuk beku di dalam peti sejuk.
  • Sayur-sayuran hendaklah disimpan didalam tempat sayur didalam peti sejuk.
  • Sayuran ubi hendaklah diletakkan jauh daripada makanan yang berbau kuat, ditempat yang sejuk, gelap dan kering.
2.  Makanan kering
·         Makanan kering ialah makanan yang telah dikeringkan secara dijemur atau menggunakan haba panas. Contohnya bijirin, hasil bijirin, kekacang dan rempah/herba.

·         Makanan kering yang baru dan elok adalah berkeadaan kering, tidak berulat, dan tidak berbau hapak. Kacang hendaklah berbentuk elok dan tidak berulat. Rempah hendaklah berbau segar. Serbuk rempah kelihatan peroi dan tidak berketul-ketul.

·         Semua makanan kering hendaklah disimpan didalam bekas yang kedap udara.

Jenis Makanan
Kebaikan
Kelemahan
Makanan Segar
  • Banyak mengandungi nutrien
  • Mudah disediakan
  • Mempunyai pelbagai tekstur dan warna yang menarik
  • Sayuran akan kehilangan nutrien jika disimpan lebih lama
  • Sayuran kelihatan kecut dan layu
  • Daging dan ikan yang disejuk bekukan akan memakan masa
  • untuk dinyahfros
Makanan Kering
  • Boleh disimpan lama
  • Boleh diperoleh pada bila-bila masa
  • Boleh digunakan semasa makanan berkurangan
  • Perlu direnndam atau dierebus untuk melembutkannya
  • Tidak dapat membekalkan protein yang secukupnya.

Ekonomi Rumah Tangga Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino