Nota 6: Sanitasi Makanan

SANITASI MAKANAN



  1. Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya tidak tercemar.
  2. 6 prinsip kebersihan makanan :-

(a)   Kebersihan diri                               
·      Penyakit
·      Rambut
·      Tangan
·      Pakaian
·      Tabiat

(b)Menyedikan makanan
·      Alatan bersih
·      Tutup bahan makanan
·      Makanan dinyahfros dengan sempurna
·      Tidak disejuk bekukan semula
·      Elakkan pencernaan silang
·      Penggunaan tong sampah yang betul dan bersih

(c)    Memasak makanan
·      Alatan tidak retak atau sumbing
·      Camca rasa makanan tidak digunakan semula
·      Menggunakan tuala yang khusus untuk kerja-kerja yang tertentu
·      Cuci alatan berminyak dengna air panas
·      Alatan yang kotor dicuci dengan segera
·      Membuang sisa makanan

(d)   Menyaji makanan
·   Guna perkakas yang bersih dan tidak sumbing
·   Alatan menghidang bersih dan ditutup
·   Guna alatan khas menghidang
·   Mengambil  makanan dengan alat
·   Menghidangkan makanan dengan segera

(e)   Menyimpan bahan makanan segar
·   Makanan segar disimpan didalam peti sejuk pada tempat yang sesuai
·   Makanan segar dibersihkan sebelum disimpan
·   Suhu didalam peti sejuk mesti sesuai dengan makanan
·   Makanan kering disimpan ditempat yang kering
·   Semak tarikh luput makanan kering

(f)     Menyimpan makanan yang telah dimasak
·      Guna bekas yang bersih
·      Disimpan didalam peti sejuk dengan segera selepas makanan disejukkan
·      Jangan letak berdekatan dengan makanan mentah
·      Jangan simpan didalam bekas logam untuk tempoh yang lama.

Ekonomi Rumah Tangga Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino